CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

26 November 2011

Salam MAAL HIJRAH 1433H


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada kaum muslimin dan muslimat dan khasnya kepada mengunjung setia blog ini.

Marilah kita berhijrah dari menjalani hidup di dalam tahun 1432 kepada tahun 1433, bersama-sama dengan azam penghijrahan sikap, daripada yang baik kepada yang lebih baik atau daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada kurang beriman kepada lebih beriman, daripada kehidupan yang kabur kepada kehidupan yang bersih.

Berhijrah dari anak yang baik kepada anak yang lebih baik, dari suami yang kurang baik kepada suami yang lebih baik, dari isteri yang kurang baik kepada isteri yang lebih baik, dari pemimpin yang kurang baik kepada pemimpin yang lebih baik.

Untuk mendapatkan kebaikan kita digalakkan berdoa sepanjang masa, namun demikian elok juga kita berdoa pada masa akhir tahun dan awal tahun, masa terakhir bagi sesuatu tahun mengikut perkiraan tahun Hijrah ialah waktu Asar dan bermula tahun berikutnya (1hb Muharram) iaitu apabila telah masuk waktu Maghrib selepas sahaja berakhir waktu Asar tersebut. Di sinilah pertemuan akhir tahun dengan awal tahun. 




Doa akhir tahun 1432 waktunya selepas solat Asar hari Sabtu 30hb. Zulhijjah 1432.

Manakala awal tahun 1433 ialah setelah masuk waktu Maghrib malam Ahad (Sabtu malam), tegasnya waktu Asar akhir tahun bagi tahun 1432 dan waktu Maghrib awal tahun bagi tahun 1433.

Adalah tidak menjadi kesalahan kalau diteruskan doa tersebut beberapa hari lagi untuk hari-hari berikutnya, amalan ini hanya termasuk dalam amalan yang baik sahaja.

Semoga kita lebih bahagia dan berjaya serta dimurahkan rezeki dalam tahun Hijrah 1433 ini... amin...




Sempena Awal Muharram yang tiba

Marilah sama2 kita renungkan...


Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

2. 10 Muharram - Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:

1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat - Inysa-allah, tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga bermanfaat.

Sabda Rasullulah S.A.W:
“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik-baik ataupun (lebih baik) dia senyap”
Hadis diriwayatkan oleh Bukhari.

24 November 2011

Cara Baru Bawa Anak Shopping...cute sgt!!!!!

Seorang bayi wanita dimasukkan ke dalam beg plastik, kepalanya terjongol keluar. Lalu beg plastik mengandungi bayi itu dibawa orang tuanya dibawa jalan - jalan ke supermarket. Bayi itu sekali - sekali tersenyum. China Radio International ( CRI ) menyebutnya sebagai cara baru membawa anak ke supermarket di China. Ini gambar - gambar bayi itu yang disiarkan CRI
Cakkkk...aaaaa!!!!!


Tenyummm pulak dia...




opppssss!!!  ni my doter yer....huhuhuhu
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...