CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

10 February 2012

Bila Anak Gagap..

Qaseh mula bercakap masa berumur 2 tahun. Masa tu dia bercakap lancar - even agak pelat dan belum pandai bercakap ayat yang betul. Masih bercakap sepatah-sepatah kemudian dua patah dan lama-lama makin panjang la ayatnya.

Masa Qaseh nak masuk 3 tahun, Qaseh mula starter atau gagap masa memulakan ayat. Means - bila nak cakap tu dia akan " Uu.uuu..uu..ummi ummi adik nak minum". Ummi agak risau pada mulanya. So Ummi biarkan dulu. Pernah jugak Ummi belikan Jus Kismis+ Kurma ,alhamdulillah ok.Bila Ummi stop bagi Qaseh Jus tu..gagap Qaseh menjadi lagi.Kadang-kadang ummi pun tergelak dengar Qaseh ckp macam tu.Nak habiskan satu ayat ambil masa lama.Kakak pun gelakkan adik sama.Kesian Qaseh..Nampak gayanya ummi kena bagi Jus Kismis+Kurma lagi..


Ni ler anak dara ummi..Qaseh Imanina...

Info pasal gagap.

Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan "meja" akan menjadi samaada "m-m-m-m-...m-meja" or "me-me-me-me-...-me-meja". Ia tiga kali lebih cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan untuk menghadapi masaalah ini.


Ekceli ummi risau gak ngan masalah Qaseh ni, sama ada benda ni permanent atau temporary. Kawan Ummi suruh pantau dulu, sebab kadang-kadang benda ni temporary. Sebab mereka masih dalam proses belajar bercakap.Mgkin ker otak lambat pick up yg sebabkan gagap ni??Biasanya masalah ni ketara sangat bila Qaseh nk cakap cepat2..takut kakak dia menyampuk.

Teringat cerita KING SPEECH mengisahkan seorang raja yang sukar meyakinkan rakyatnya kerana masalah gagapnya.Banyak teknik yang diajar tetapi sesuai untuk orang dewasa sahaja.Seperti cuba fokus pada perkataan tertentu,gerakan badan,tarik nafas masa mula-mula nk mulakan ayat.Cerita ni memang best dan memenangi cerita terbaik..

So sedikit tips nak mengatasi masalah anak gagap ni:

1. Minta anak bertenang dan ulang semula apa yang nak dicakap
2. Minta dia tarik nafas setiap kali mengalami kesukaran untuk memulakan ayat.
3. Ulang perkatan yang tersekat itu beberapa kali sampai dia boleh sebut tanpa tersekat-sekat
4. Setiap kali berjaya bercakap tanpa gagap, puji anak kita. If gagal, kita ulang lagi lain waktu
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...