CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

28 December 2011

Gambar Air Pasang Besar bagai Pesta Pantai di Dungun,Terengganu.

DUNGUN – Ribuan penduduk pesisir pantai di daerah ini serta sepanjang pantai Bachok, Kelantan panik apabila kawasan tempat tinggal mereka dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar sejak seminggu lalu.
Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar.

Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai 'tsunami kecil' oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang pernah berlaku di daerah tersebut.
Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat.

Di kawasan kejadian semalam mendapati masih ramai pengguna jalan raya melalui kawasan runtuhan sepanjang dua kilometer itu walaupun pihak berkuasa telah meletakkan papan tanda amaran.
Seorang peniaga kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, mendakwa kejadian air pasang besar di pantai itu mula dikesan sejak minggu lalu sebelum bertukar menjadi lebih buruk kelmarin.

Katanya, situasi di kawasan itu juga dilihat tidak selamat apabila ramai menjangkakan ribut dan angin kencang serta air pasang akan berlaku dalam beberapa hari lagi.
“Selama saya tinggal di sini, inilah bencana paling buruk pernah berlaku sampaikan hampir keseluruhan jalan pesisir pantai runtuh.












kredit for pic dari  Hew Seng Heng

26 November 2011

Salam MAAL HIJRAH 1433H


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada kaum muslimin dan muslimat dan khasnya kepada mengunjung setia blog ini.

Marilah kita berhijrah dari menjalani hidup di dalam tahun 1432 kepada tahun 1433, bersama-sama dengan azam penghijrahan sikap, daripada yang baik kepada yang lebih baik atau daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada kurang beriman kepada lebih beriman, daripada kehidupan yang kabur kepada kehidupan yang bersih.

Berhijrah dari anak yang baik kepada anak yang lebih baik, dari suami yang kurang baik kepada suami yang lebih baik, dari isteri yang kurang baik kepada isteri yang lebih baik, dari pemimpin yang kurang baik kepada pemimpin yang lebih baik.

Untuk mendapatkan kebaikan kita digalakkan berdoa sepanjang masa, namun demikian elok juga kita berdoa pada masa akhir tahun dan awal tahun, masa terakhir bagi sesuatu tahun mengikut perkiraan tahun Hijrah ialah waktu Asar dan bermula tahun berikutnya (1hb Muharram) iaitu apabila telah masuk waktu Maghrib selepas sahaja berakhir waktu Asar tersebut. Di sinilah pertemuan akhir tahun dengan awal tahun. 




Doa akhir tahun 1432 waktunya selepas solat Asar hari Sabtu 30hb. Zulhijjah 1432.

Manakala awal tahun 1433 ialah setelah masuk waktu Maghrib malam Ahad (Sabtu malam), tegasnya waktu Asar akhir tahun bagi tahun 1432 dan waktu Maghrib awal tahun bagi tahun 1433.

Adalah tidak menjadi kesalahan kalau diteruskan doa tersebut beberapa hari lagi untuk hari-hari berikutnya, amalan ini hanya termasuk dalam amalan yang baik sahaja.

Semoga kita lebih bahagia dan berjaya serta dimurahkan rezeki dalam tahun Hijrah 1433 ini... amin...




Sempena Awal Muharram yang tiba

Marilah sama2 kita renungkan...


Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

2. 10 Muharram - Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:

1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat - Inysa-allah, tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga bermanfaat.

Sabda Rasullulah S.A.W:
“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik-baik ataupun (lebih baik) dia senyap”
Hadis diriwayatkan oleh Bukhari.

24 November 2011

Cara Baru Bawa Anak Shopping...cute sgt!!!!!

Seorang bayi wanita dimasukkan ke dalam beg plastik, kepalanya terjongol keluar. Lalu beg plastik mengandungi bayi itu dibawa orang tuanya dibawa jalan - jalan ke supermarket. Bayi itu sekali - sekali tersenyum. China Radio International ( CRI ) menyebutnya sebagai cara baru membawa anak ke supermarket di China. Ini gambar - gambar bayi itu yang disiarkan CRI
Cakkkk...aaaaa!!!!!


Tenyummm pulak dia...




opppssss!!!  ni my doter yer....huhuhuhu

29 September 2011

Pengganti Apek~Lempar Anak Semata-Mata Nak Sambut Bola


Sanggup si ayah lempar anak semata-mata nak sambut bola..Kesian pun ada,lawak pun ader,,aku yang tengok pun xleh tahan gelak.Lagi2 tengok muka bini dia....Inilah dia orang yang taksub dengan bola,kan bini dah marah..balik umah nanti siap ler!!!!

Pic Pra Perkahwinan Nabil & Zira di I-City,Shah Alam

Morning uols!!! Pagi2 lagi dah terbaca kisah pelawak terkenal si Nabil ngan pasangannya Zira kat satu blog ni.dah jodoh x kemana,,,creadit to mediamalaya.com
congrats to both of them seriously semua makhluk ciptaan-Nya ada kelebihan n kekurangan mcm tue gak sy.. =)




28 September 2011

Dedikasi~ Share the happiness





Sama ada ia adalah satu perayaan atau sesuatu penghargaan,realisasikan dedikasi sebagai kejutan gembira kepada oranag tersayang!!! Hanya klik ---->>  'Kongsi Kebahagiaan'  untuk membuat dedikasi anda sekarang!!!



27 September 2011

Anakku bernama "FACEBOOK" Jamal Ibrahim


KAHERAH- Seorang ayah di Mesir telah mendedikasikan fenomena laman web sosial sebagai nama anaknya, Facebook. Bayi bernama unik itu menjadi tanda revolusi baru di Mesir.

Menurut laporan akhbar Al-Ahram, Jamal Ibrahim, 20 tahun, memberikan nama anak perempuannya sebagai Facebook. Ibrahim mengaku sangat kagum dengan peranan laman web sosial itu dalam organisasi pemberontakan di Tahrir Square dan beberapa kawasan lain di Mesir.

Nama lengkap anak perempuannya adalah Facebook Jamal Ibrahim. Di Mesir, terdapat lebih dari lima juta pengguna Facebook, jauh lebih ramai berbanding negara lain di Timur Tengah. Pengguna Facebook terus melonjak selama satu bulan terakhir kerana revolusi Mesir. Sekurang-kurangnya, 32 ribu 'group' dan 14 ribu halaman Facebook telah muncul sejak 25 Januari.
...
Pemerintah Tentera Mesir juga mulai menggunakan Facebook untuk mendekati pemuda Mesir. Salah satu grafiti bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak telah dicantumkan dan membentuk perkataan ‘Terima Kasih Facebook’.

Serangan Obor-Obor Gergasi

Perairan pantai timur Jepun yang diserangi oleh kawanan obor-obor gergasi, penduduk tempatan mengatakan bahawa mereka tidak pernah melihat obor-obor bersaiz besar itu. Obor-obor tersebut dikatakan mencapai kira-kira 2 meter dengan berat sekitar 200 kilogram seekor !







25 August 2011

Bahaya minum Teh Ais...


Tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.



Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang.


“Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal,  teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu.

Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama. Hanya saja, penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitimya. Secara logiknya pula , orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.




Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.







Para pengkaji juga menyenaraikan sejumlah makanan lain yang berpotensi mendatangkan bahaya kesihatan. Mereka antara lain menyenaraikan: bayam, coklat, kekacang, garam, dan daging.

Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan meminum air kosong.

20 August 2011

Kategori Kuih Di Malaysia~~Ngeee~~

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi

Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling lembap= Kuih Siput
Kuih 1 Malaysia= Kuih Telinga Keling
Kuih makanan dewa - Apam dewa
Kuih angkasa lepas - Kuih Bulan

Kuih paling kaya = Kuih Jala Mas
kuih paling boleh isi barang - kuih bakul


kuih style abis - kuih cara

kuih paling membahayakan = kuih bom
kuih import = almond london

kuih yang populer = kuewtiaw
kuih yang paling tenteram+damai = Kuih Makmur
kuih banyak habuk -kuih abok-abok
kuih xpndai menulis-kuih cakar ayam
kuih org portugis-kuih lopez
Kuih paling disiplin = Kuih buah rotan
Kuih kaki club = Kuih goyang
Kuih kegemaran Amy Search = Kuih isabella
Kuih adik-beradik Hang Tuah = Kuih kasturi
Kuih x reti shave janggut = Kuih serabai
Kueh menyala-nyala = tepung pelita
kueh mat saleh = puding caramel
Kuih byk semut = sarang semut
Kuih kpop = kuih popia

kuih banyak habuk -kuih abok-abok
kuih xpndai menulis-kuih cakar ayam
kuih org portugis-kuih lopez
Kuih paling disiplin = Kuih buah rotan
Kuih kaki club = Kuih goyang
Kuih kegemaran Amy Search = Kuih isabella
Kuih adik-beradik Hang Tuah = Kuih kasturi
Kuih x reti shave janggut = Kuih serabai
Kueh menyala-nyala = tepung pelita
kueh mat saleh = puding caramel
Kuih byk semut = sarang semut
Kuih kpop = kuih popia

kuih paling alim - kuih ketayap

P/s : Mai senarai lagi kategori kuih ditempat anda









kuih style abis - kuih cara

JUSTIN BUBUR..macam-macam bubur ader..



wahhh jadi duta bubur lagi...Alhamdulillah rezeki bulan puasa..uols mampu???

antara marketing strategy paling kretip aku penah nampak.

16 August 2011

Berbuka puasa wit Havoc team

Weekend lps..aku ngan family ke kuantan..berbuka kat sana wit Havoc team.best la jgk 50sen..ramai gak yg hadir.xslh aku lbh kurang 30 buah kereta.Kitaorang berbuka kat Ana Ikan Bakar Petai,Tanjung Lumpur.Kuantan.1st time mkn ikn yg dibakar bersama petai.Dah siap mkn n solat aku n semua yg hadir berkonvoi menuju ke pantai telok cempedak walaupun jam dah kul 11malam.then kitaorg singgah minum kat Jungle Food Court kat bandar Indera Mahkota.lepak king kat ctu dalam 1jam.
Mata pun dah rabak...ngantuk.masing2 pulang dgn rasa 1 kepuasan dlm diri.walaupun berhabis wang ringgit.tp diaorg ckp puas hati bila tgk kereta cantik
Published with Blogger-droid v1.7.4



12 August 2011

Penatnyer...berborong

Adoiiii..penat smlm xhabis lagi.ptg semalam aku n en suami jalan-jalan kat Jalan TAR.tujuan aku g sana mmg nk cari tudung wat biz.ini slh satu side income aku yg agk masyukk.mcm2 pesen tudung sekarang.aku pun dah naik pening nk ikut trend skrg.pusing punya pusing..sdr2 duit dlm poket pun dah nipis.
Dah ler puasa.haus xyah ckp ler..kaki pun dah kejang..dah siap mkn,solat kami pulang ke rumah.mlm tu jgk aku duk packing tudung2 yg nk d pos ke kampung..kepala dah nyut..nyut..mata pun dah rabak..
Jam berapa ntah aku terlelap aka tdo dlm kepenatan.
Sblm tu aku dah mntak en.suami belikan lauk yg dah siap untuk sahur..kikiki..
Sedar2 tdo..terperanjat beruk aku. Masyaallah...dah kul 8.30pg..sahur xtau kemana.subuh pun subuh gajh.hahahaha..alarm clock aku bunyi..tp cam mana aku x sedar...ni baru side biz..dah letih mcm ni..macammana nk jadi biz woman...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Testing Blogger Droid Android App

Just testing the new app i download on my phone.Hopefully this will allow me to blog more often
Published with Blogger-droid v1.7.4

06 August 2011

Cuba Korang Tengok Gambar ni..Ader Sesuatu kan...



Cuba anda tengok sendiri,ini mungkin kesilapan dari Google..yang pasti nyer "MEMANG ADA SESUATU"





1. Buka Google Maps ( www.maps.google.com )



2. Search 47.110579,9.227568 << copy a paste kt search.


3. Klik arrow warna hijau dalam peta, dan klik 'street view'.



4. Alihkan gambar ke arah langit dan lihat apa yang ada.




APA YG KORANG NAMPAK?

04 August 2011

Cara Tukar Facebook Chat Baru Kepada Versi Lama


Korang rasa best tak guna facebook chat yang terbaru ni? Aku cukup rimas sebab nampak macam tak tersusun dan penuh sidebar tu. Nak guna facebook chat baru macam leceh je. So,aku godek2 ler cari cara nak tukar facebook chat versi baru kepada versi lama.Last2 jumpa jugak ,,kredit untuk DECREWZ .Cara nak tukar Facebook chat kepada versi lama boleh digunakan pada 2 pelayan web iaitu google chrome dan mozilla firefox.
Tukar Facebook Chat untuk Google Chrome :
1. Buka google chrome,  install Facebook Sidebar Chat Reversion DISINI dan klik button INSTALL di sebelah kanan.

2. Lepas klik install, akan keluar popup confirmation, klik je Install.
3. Setel. Refresh je balik facebook korang tu.


SELAMAT BERFACEBOOK.

p/s: untuk tukar facebook chat Mozilla Firefox leh klik DISINI

03 August 2011

Amalan Tidur yang Terbalik di Bulan Puasa

 Andaian beberapa golongan bahawa mencari ilmu pada bulan Ramadan lebih baik dari tidur adalah andaian yang salah sama sekali! Tidak pernah ada mana2 ulama dahulu yang berkata
bahawa belajar dalam bulan Ramadan lebih baik dari tidur, dengan alasan kalau tidur pun boleh dapat pahala, belajar lagi banyak pahala yang dia akan dapat. Salah! Sebab banyak hadis yang menyatakan tidur orang yang puasa tidak sama nilainya dengan tidur orang yang tidak puasa. Orang yang tidur pada bulan puasa itu letih sebab 3 perkara, iaitu:


(1) tidur kerana kelaparan dan kehausan disebabkan panas cuaca atau panjang masa bertahan dari makan dan minum

(2) keletihan sebab telah beribadah hampir sepanjang malam pada waktu malamnya, sebab itulah dia mengantuk dan tertidur

(3) ia sengaja tidur dengan tujuan khusus untuk menguatkan tubuh badan agar dapat beribadat pada malam nanti dengan lebih selesa dan kuat.


Orang2 zaman sekarang ini, walaupun tidak mendapat ketiga-tiga faktor di atas, jika mereka mendapat mana2 dua dari yang di atas pun sudah dikira sangat bagus. Malah kalau hanya ada salah satu faktor di atas pun, sudah dianggap menepati kehendak Ramadan itu sendiri.

Inilah perkara2 yang kita kena faham, yang tidak dapat difahami dengan baik oleh kebanyakan orang, bukannya faham ikut cara dan selera kita saja.

02 August 2011

Sweet Memories~~We Will Together Again!!!


Earth may stop rotating,Bird may stop flying,
Candlesmay stop melting,Fishes may stop swimming,
Heart may stop breathing,But i Will never stop,
MISSING U MY FRIENDS!!!!!!

Orang Asli dengan Cermin

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina diatas pokok...2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan. Sedang mencari-cari, tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawa balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingka atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. Dan punyalah terkejut beruk, dia masuk je bilik tu...da ternampak cermin suaminya. Oleh krana si isteri ni taktau cermin tu apa...so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi...habis berlari dan meraung menangislah dia cari maknya. Lepas berjumpa dengan maknya, mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu. Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa berbahak-bahak.

isteri: Apasal mak ketawa?
Mak: Apa teruk benor selera suami ko tu....kalau ye pon nak kawin lain..carik la perempuan yg elok sikit..ni tak..aku tengok perempuan kat bilik tu dah la tua hodoh pulak tu..

*org asli zaman sekarang dah moden...*

21 April 2011

Siapakah Bakal Tunang ASYRAF MUSLIM...

Ashraf Muslim Tunang 23 April, Nikah Tahun Ini



Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Muslim, 30, (gambar) menamatkan teka-teki tentang statusnya apabila dia akan bertunang dengan wanita berusia 24 tahun pada 23 April ini di rumah wanita itu di Gombak.

Dia yang menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita tersebut yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.

Kata pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang buah hatinya itu sehingga tiba majlis pertunangannya nanti.

Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, pada hari yang sama Ashraf turut akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari.
Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama.
Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu,?kata pengamal perubatan Islam yang mendalami bidang tersebut sejak dua tahun lalu.
Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu.

Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya.

Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya.
Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,?ujarnya.
Tambahnya: Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah.

Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya.?

Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi.
Ashraf mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam.




“Siapakah bakal tunang Ashraf Muslim?”
Menurut informer kami, gadis tersebut yang dipercayai bernama Noor Dayana merupakan anak kedua dan bekas pelajar perubatan di University Manipal, Melaka.
Dipercayai juga, gadis tersebut mempunyai kaitan yang rapat dengan rakan kongsi Ashraf Muslim dalam klinik perubatan Islam iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah.
Apa pun, ini semuanya spekulasi semata-mata. Ramai peminat terutamanya golongan wanita tertanya-tanya adakah gadis yang disebutkan tepat dengan pilihan Ashraf Muslim. Buat masa ini, CSI pembaca sudah menjumpai gambar gadis tersebut, namun kami blur-kan untuk memberi laluan kepada Ashraf Muslim memperkenalkan sendiri cinta hatinya
CSI pembaca kami juga menyebut, keluarga bakal tunang Ashraf Muslim ini baik-baik orangnya. Malah, adik-beradik bakal tunang Ashraf Muslim turut membuat PHd untuk kajian kanser di sebuah university di Australia.
Andai kata betul spekulasi peminat-peminat Ashraf Muslim, kami tumpang gembira. Alhamdullilah



DAN...JENG,,JENG,,JENG.....INI DIA REAL PIC DOCTOR BERTUAH TU..



BTW,,TAHNIAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...