CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

03 August 2011

Amalan Tidur yang Terbalik di Bulan Puasa

 Andaian beberapa golongan bahawa mencari ilmu pada bulan Ramadan lebih baik dari tidur adalah andaian yang salah sama sekali! Tidak pernah ada mana2 ulama dahulu yang berkata
bahawa belajar dalam bulan Ramadan lebih baik dari tidur, dengan alasan kalau tidur pun boleh dapat pahala, belajar lagi banyak pahala yang dia akan dapat. Salah! Sebab banyak hadis yang menyatakan tidur orang yang puasa tidak sama nilainya dengan tidur orang yang tidak puasa. Orang yang tidur pada bulan puasa itu letih sebab 3 perkara, iaitu:


(1) tidur kerana kelaparan dan kehausan disebabkan panas cuaca atau panjang masa bertahan dari makan dan minum

(2) keletihan sebab telah beribadah hampir sepanjang malam pada waktu malamnya, sebab itulah dia mengantuk dan tertidur

(3) ia sengaja tidur dengan tujuan khusus untuk menguatkan tubuh badan agar dapat beribadat pada malam nanti dengan lebih selesa dan kuat.


Orang2 zaman sekarang ini, walaupun tidak mendapat ketiga-tiga faktor di atas, jika mereka mendapat mana2 dua dari yang di atas pun sudah dikira sangat bagus. Malah kalau hanya ada salah satu faktor di atas pun, sudah dianggap menepati kehendak Ramadan itu sendiri.

Inilah perkara2 yang kita kena faham, yang tidak dapat difahami dengan baik oleh kebanyakan orang, bukannya faham ikut cara dan selera kita saja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...