CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

10 January 2011

11 Amalan Yg T.E.R.B.A.L.I.K.

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
-selalunya mcm tu kan? buat kenduri arwah keluarga si mati yang yg menyediakan makan minum,soalnya duit tu dtg dari mana? kena fikir tu..macam nenek saya dulu,bila ke kenduri tahlil,lepas tahlil dia balik.
 2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. -kalau tak ada duit memang segan nak ke kenduri kahwin sebab sekarang dah jadi adat kena bagi duit kat tuan rumah semasa kenduri kahwin,dah lari dari maksud sebenar walimatul-urus.Kenduri terima menantu walaupun sekarang ni digelar majlis kesyukuran,saya tgk jemputan yg hadir tetap bagi duit kat tuan rumah. -ziarah org mati,bagi saya utamakan keluarga si mati yg sememangnya dari org kurang berada,sedekah la ikut kemampuan kita.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. -kain telekung sampai kuning jadinya,itu la yg dipakai waktu bersolat,baju sepasang harga RM200 boleh pulak dibelinya buat melaram
<---mcm ni la sy dulu sebelum dapat hidayah.Pada pendapat saya,sebagaimana kita selalu beli baju raya setahun sekali,apa la salahnya beli telekung setahun sekali,yg x nak dipakai tu sedekah kat masjid atau surau,x pun bagi kat org susah,kita juga yg dapat pahala selama org tu pakai telekung kita.
 4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. -jarang jumpa org tambah nasi kat kenduri kahwin tapi pernah tgk org tambah nasi sampai dua kali kat kenduri tahlilfikir2 la
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. -di masjid ada jemaah tgk kita solat,byk kita solat di masjid,ada la pujian yg diterima(riak)tapi kalau kat rumah sapa nak tgk kita solat ke tak? Ada org solat seminggu sekali(jumaat) tapi kat rumah langsung tak pernah solat,sebab apa pergi seminggu sekali solat jumaat? sebab nak tunjuk kat org yg kita pun jenis bersolat.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? -mmg bulan puasa bulan kita makan double,silap2 triple,bulan paling byk gerai makanan dibuka,merata-rata ada,sebulan pula tu,dulu kalau puasa boleh kurus,skrg sama je puasa ke tak,badan tetap mcm tu sbb makan x kurang,lari dari tujuan sebenar berpuasa. 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. -kenduri sebelum mengerjakan haji,dah biasa sgt saya tgk,kalau ditanya apa tujuannya,jawabnya utk mendoakan supaya bakal haji dan hajjah tu selamat mengerjakan haji dan selamat pulang.Takpe,saya boleh terima alasan tu,utk kenduri selepas mengerjakan haji tu,x pernah dgr lagi org buat cuma satu je saya nak pesan,jangan la kita minta lebih dari org yg nak mengerjakan haji tu,bawa balik itu,ini,sudah tu bila si fulan ni dah balik,pergi jumpa bukan nak tanya khabar setelah pulang dari mengerjakan haji tapi duk sibuk tanya bawak balik apa dari sana,banyak ke kopiah? tasbih mcm mana yg ada? ada gelang tak? ada periuk tak? ada jubah tak? org ni pergi haji ke pergi shopping yg nak tanya dia bawak balik apa dari sana? dah tu,dah bagi satu nak lebih2.Air zam-zam tuan rumah bagi seteguk,dia nak sebotol ada kes jemaah yg sampai x cukup duit kat Mekah tu sbb banyak sgt membeli barangan dari sana,pastu siap komplen lagi barang kat Mekah tu mahal,adus...soalan saya,ni pergi haji ke pergi shopping? 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. -soalan yang selalu ditanya 'anak kau dapat berapa 'A' UPSR baru2 ni?' tapi susah sekali nak didengar soalan macam ni 'anak kau dah khatam Al-Quran belum?'-fikir2 la 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. -pernah dibangkitkan kepada saya soalan mcm ni-'kenapa orang bukan Islam kebanyakannya kaya2 belaka sedangkan ramai orang Islam miskin,apa guna ibadat kalau hidup melarat?'-jawapan yg saya beri ialah dengan mempalit kata2 berikut-'kalau dulu Rasulullah s.a.w dan para sahabat pun berfikir sepertimana kau berfikir sekarang,maka sekarang ni aku tetap dengan agama nenek moyangku dan engkau tetap dengan agama nenek moyangmu,pendek kata aku kafir kau pun kafir.Ibadat kita ni bukan semata-mata untuk dapatkan pahala tapi itulah bekal kita di akhirat kelak,atas dunia ni kita lapar kalau x makan kan? samalah mcm kat akhirat kelak,kalau takde bekal mcm mana lah kita nak survive kat sana?
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. -berhias utk suami di rumah ni tak semestinya palit bedak dgn gincu tebal 2-3 inci kat muka,cukup sekadar berpenampilan kemas,sedap mata suami memandang dan selesa utk kita.Dulu mula2 kawin ada juga saya berblouse or baju kurung kat rumah,siap make up lagi,time balik keje suami selalu tanya 'syg ni dari mana pakai lawa2?',saya jawab 'x gi mana la,duk umah je bang'.Masa tu x kena lagi ngan suami,saya kena tegur bila satu hari tu dia balik lunch kat umah,dipandangnya saya atas bawah,soalan tetap sama 'nak gi mana?',jawapan saya pun sama 'duk umah'.Lalu dia pun buka mulut,'kalau kat rumah ni xyah la bermake up syg oii,cukupla syg ni x serabai dan selesa,buat apa la smpai nk make up'.Malu pulak saya hari tu,macam2 suami lecture lepas dgr saya kata saya terbaca kat buku isteri ni kena berhias utk suami kat umah,katanya dlm maksud berhias utk suami tu,x semestinya bermake up dan pakai lawa.Sejak hari tu,kat rumah saya pakai yg selesa bagi diri saya,kain batik ngan t-shirt ke,blouse dgn skirt labuh ke,ikut selera saya. setakat ni jer saya mampu tulis,saya tak kata kat sesapa,itu semua berdasarkan pengalaman saya sendiri,yg saya rasa,lalui,tgk dengan mata kepala saya sendiri,yang buruk itu datang dari saya,yang baik itu kurniaan Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...